Friday, January 8, 2010

sesuatu yG tiDAk ingin kita Lihat

3 gereja sudah mula cuba untuk dibakar hari ini.
Tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tebernacle di Melawati, Gereja Assamption di PJ dan Gereja Life Chappel di Damansara, seperti maklumat terkini bulletin dan net.

beribu-ribu orang sudah mula berhimpun dan berdemonstrasi di seluruh negara!!!

dah mula dah...inilah implikasi yg kita tidak hingin lihat...

siapa pon tidak tahu dalang disebalik insiden BAKAR tersebut...samada betul dr kalangan Islam sendiri, atau pin point logik juga diarah kpd org bukan Islam yg mengambil kesempatan...

dan ketahuilah semakin banyak agenda gelap yang cuba mula dibawa masuk ke negara ini oleh puak2 musuh agama..

diharap pihak KDN akan mengambil tindakan pantas menangani isu ini!!!

inilah yg tidak ingin kita lihat!!!

p/s

beberapa petikan drpd blog Tun Mahathir:

Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.


Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

No comments:

Post a Comment