Saturday, January 9, 2010

AgenDa?

sedikit demi sedikit ia mula meresap dan merasuki negara ini...
malah makin teruk berbanding kewujudannya 10,20 tahun yg lepas..malah sedari sebelum 1969 lagi ada juga anasir yg sama yg mempunyai satu matlamat: AGENDA TERSEMBUNYI

jika kita lihat flashback ketika dulu, kenapa sebenarnya perpecahan itu berlaku?
kenapa pada waktu itu ada API juga membakar di hati masing-masing,tak mengira bangsa?
sama sahaja seperti yg mula berlaku sejak akhir-akhir ini...
seperti dulu juga, zaman sebelum merdeka, minda mula dijajahi. dan apabila huru hara mula timbul, masing2 mula menuding jari..
itu berlaku setelah sedikit anasir dan agenda 'mereka' mula berjaya meresapi akal...

ada yang kata ianya punca kerajaan...ada yg kata fahaman british mula bergolak disamping fahaman komunis mula menular ketika itu...ada yang claim masing2 pembela kemerdekaan,..si Ahmad mula mengata si ALi pembelot...itu masih tidak seteruk si Abu mengata si Ah Seng dan Si Ramu pengkhianat negara dan tidak diterima di negara ini...ketika itu, pemikiran mula dijajah...dan kekejaman mula berlaku...rakyat mula lemah...negara mula jatuh...WALHAL, sebnarnya mungkin Ahmad,ALi,Abu, Ah Seng,Ramu hanya mangsa keadaan dan sikit pon tidak berdosa dalam perang interracial CIPTAAN tersebut...tapiiii....
AGENDA tadi itu berjaya!!!!dan sejarah lama mungkin akan berulang jika tidak dibendung...

dan si pencetus AGENDA ketawa riang dibalik tabir melihat kemusnahan...melihat rakyat negara ini hancur dan kacau bilau...

tetapi tetap masih ada pemikir-pemikir, penentang-penentang, haluan kiri selamanya, duri dalam daging, api dalam sekam, gunting dalam lipatan, yang masih cuba membawa dakyah dan onar agar tahi-tahi terus terpalit di badan rakyat hingga akhirnya berbau busuk seperti bangkai...gagak-gagak hitam ini tidak beridentiti dan terus menerus sehingga kiamat meracuni dan memberi air mabuk kepada orang-orang agar terus dinegatifkan fikiran mereka sampai KIAMAT!

pendekatan terkini lebih memerbahayakan!!! tidak perlu kertas, tidak perlu iklan, tidak perlu buku/majalah/tabloid. jika peluncur internet meluncur tanpa akal,dan mengambil intipati bulat-bulat, tanpa memberi sikit ruang masa untuk berfikir, maka umpama terus khayal seperti org menghisap ganja sambil mendengar lagu reggae yg akhirnya dapat penyakit!!!fikirlah sebelum membuat kesimpulan wahai peluncur-peluncur sekalian!!!

AGENDA ini akan berterusan sampai kiamat!!percayalah....malah mungkin lebih teruk dan semakin teruk...

SIAPA PEMBUAT AGENDA???

p/s
iklan
nak layan lagu BPR nih kejap...teringat zaman muda2 dulu:

Dendam
Yang lama terpendam
Dari zaman ke zaman

Tersembunyi
Di balik gunungan
Menantikan arahan

Bertujuan
Membinasakan
Bertujuan
Untuk memesongkan
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

Oh janganlah kau
Terpedaya dengan kalimah
Yang menyesatkan

Oh janganlah kau
Terpedaya dengan dajal
Yang menyesatkan

Dajal
Mungkin tak tersembunyi
Mungkin bermukim di hati

Tak punya belas
Tak punya simpati
Mata satu jinak dengan kemunafikan

Yang membela
Dajal dalam dada
Buta pada sumpah dan janjinya
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

No comments:

Post a Comment