Saturday, March 13, 2010

~MusiM PoDOphiLia???~

Podophilia
Lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan sanggup merogol anak atau cucunya sendiri. Mereka ini tidak berminat kepada orang dewasa

KOTA BHARU 10 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan lelaki yang berkahwin dengan kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 11 tahun di negeri ini baru-baru ini umpama orang yang 'lapar' sunah Nabi.

Di samping menyatakan kekesalannya, beliau berkata, alasan bahawa Nabi Muhammad sendiri mengahwini isterinya Siti Aisyah yang berusia 10 tahun tidak boleh diambil kira sebagai mengikut sunah.Katanya, tidak semua sunah boleh diikuti umat Islam kerana ia mesti diselarikan dengan budaya setempat.

Kelmarin media melaporkan tindakan seorang bapa dari Jelawang, Kuala Krai mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun.

Ia kes kedua dalam masa terdekat membabitkan perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur di negeri ini apabila seorang lagi kanak-kanak berusia 10 tahun dikahwinkan dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas sebelum itu.

petikan UM-11/03/2010
==============

KOTA BHARU: “Saya macam dipukau dan hanya menurut perintahnya,” dakwa Hussin Mat Salleh, 54, yang menikahkan anak perempuannya, Siti Nur Zubaidah, 11, untuk dijadikan isteri keempat seorang rakan jemaahnya di sebuah madrasah berhampiran Masjid Besar Machang pada 19 Februari lalu. Hussin berkata, dia baru mengenali rakan jemaahnya yang berusia 41 tahun itu, tiga hari sebelum berlangsungnya pernikahan berkenaan.

“Dia kata ini ikut sunnah Nabi, jadi saya setuju saja tanpa sempat berfikir panjang,” katanya. Sehari selepas majlis pernikahan itu yang tidak dihadiri Siti Nur Zubaidah, katanya, dia bersama ‘menantunya’ itu pulang ke rumahnya di Kampung Jelawang, Dabong, Kuala Krai untuk membawa anaknya ke rumah isteri kedua lelaki itu.

Hussin berkata, pada mulanya Siti Nur Zubaidah enggan menurut perintah dan menangis tidak mahu mengikut 'suaminya'.“Bagaimanapun, selepas dipujuk dan berjanji akan pulang pada hari yang sama, dia menurut perintah dan keluar dari rumah pada 20 Februari lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini dia belum pulang selepas dibawa ‘suaminya’ dan kami tidak tahu di mana Siti Zubaidah. Saya memohon agar dia dikembalikan kerana Siti Nur Zubaidah terlalu muda dan masih belajar,” katanya.

petikan dari Metro 12/03/2010

===========================

apa dah jadi beb?

11 dan 10 tahun?

cuba bayangkan..baru darjah 4 dan darjah 5.kerana apa ???aku pon masih bingung...


.:BitcH students:.

Sekolah diarah siasat enam pelajar belasah eksekutif

2010/03/13

KAJANG: Kementerian Pelajaran mengarahkan pihak pengurusan sebuah sekolah di Petaling Jaya menyiasat kejadian enam pelajar perempuannya membelasah eksekutif wanita yang juga ibu kepada pelajar sekolah berkenaan, Rabu lalu.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sekolah berkenaan juga perlu memanggil pelajar yang disyaki terbabit dalam insiden itu untuk disoal siasat bagi membolehkan kementerian mendapat maklumat sebenar berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian itu, mangsa, Zatul Bazamah Zainal Abidin mendakwa dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah Petaling Jaya di depan anaknya dan puluhan pelajar lain.

Ibu berusia 33 tahun itu dikatakan diserang di luar kawasan sekolah berkenaan, pada jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Lima sekolah itu.

Photobucket

makin hebat student2 sekarang!!!
kalau dahulu, murid-murid yang takut pada org dewasa/cikgu etc..tapi sekarang dah berubah banyak nampaknya..pembaharuan yang kian berkembang..
kuasa guru juga sudah hilang..

KUALA LUMPUR: “Tiada peraturan yang membolehkan guru mengenakan sebarang hukuman fizikal terhadap murid,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan SS 17 yang didakwa mencubit pipi dan lengan seorang murid Orang Kurang Upaya (OKU), Zulhilmi Hakim, 12, hingga meninggalkan kesan lebam.

dah macamana nak membimbing murid jika semua dah tak boleh???
ketiadaan kuasa membolehkan guru pergi sekolah hanya mengajar, suruh murid buat latihan di rumah dan lain2 aktiviti yang common shj...jika ada murid yg tidak berdisiplin, hanya perlu nasihat sahaja...
\heheheh..mcmana la dgn generasi pelajar ini bila dewasa kelak?

ehhh...pelajar2 yang jadik bouncer sekolah tu bangsa apa heh?
ekekekekek..tak tau la..tapi rasanya bangsa mana lagi,kan?

Thursday, March 4, 2010

Syafia Humairah

dah lama tidak update blog ini.sibuk dgn kerja dan pembelajaran.

Photobucket

Syafia Humairah Sahari
sedap namanya...secantik wajahnya..
tapi nyawanya telah disingkatkan oleh manusia yang bergelar binatang!
dan ini antara kes paling menyayat hati yang pernah aku dengar di malaysia, malah rasa aku di seluruh pelusuk alam.
mna tidaknya,penederitaan yang dia terima aku rasa cukup-cukup besar.dia dibelasah hingga mati.ditendang seperti bola.kepala dipijak.hingga tidak bermaya,lemah dan hilang nyawa...aku sedih,geram,marah,naik hangin,kesian semua ada bila membaca kisahnya.
yang lagi aku keciwa,Melayu yang buat kerja durjana ini!!!!diulangi ---MELAYU!!!
dan yang lagi aku hairan, masyarakat sekeliling yang nampak kejadian,tidak mampu langsung menolong,dgn alasan diugut lelaki berkenaan jgn masuk campur...what the fu*k!!!!?
gerun sangat ker rupa lelaki tu?badan sasa macam anak jin kah dia?pailang dan gangster sangat kah dia???
org MELAYU nih kalo Kaplamyanga or chayanunalip terlnggar penduduk kampung ,tau pulak depa belasah sampai mati, bakar lori, pukul dgn batang besi dan macam2 lagi perkara brutal!!tapi kalo hal mcm ini, berlaku pada bangsa sendiri yg buat, DIAMMMMM!!!!????sama jer masalah yang malaun tu bawak kan? mendera,menganiaya,membunuh....

lepas tu kes macam ini ada pulak suara2 ghaib berceramah kata undang2 di malaysia,di negeri, tak ikut macamana kehendak Islam sepenuhnya,menyebabkan berlakunya perkara macam ini..hal macam ini pon nak dipolitikkan???dah makin kacau bilau dah aku tengok pemikiran org melayu,islam di negara ini....

simple as what i think,malas nk susah2 fikir,cuba kita lihat negeri2 yg memang claim kata ia kuat Islamnya, kuat dakwahnya, kuat pengaruh keagamaannya, maaf nk cakaplah, SAMA jUGA aku tengok!!KES maksiat berleluasa jugak..anak luar nikah bersepah jugak..kes membunuh, dadah, bersekedudukan, penderaan rumahtangga, keruntuhan keluarga berlaku juga di negeri2 berkenaan!!!SAMA kan???!paling senang tengok juga pergi lah anda ke Indon(Acheh dan Medan contohnya),atau ke negara2 Arab sana, kuat atau tidak kuat manusia2 berakal Syaitan di sana?

berdoa sangat agar malaun berhati binatang yg jadik pembunuh adik Syafia ini mendapat hukuman setimpal..aku tidak memaafkan perbuatan keji dia.jika aku jadi ahli keluarga adik Syafia pon aku tetap tidak akan memafkannya..