Saturday, March 13, 2010

.:BitcH students:.

Sekolah diarah siasat enam pelajar belasah eksekutif

2010/03/13

KAJANG: Kementerian Pelajaran mengarahkan pihak pengurusan sebuah sekolah di Petaling Jaya menyiasat kejadian enam pelajar perempuannya membelasah eksekutif wanita yang juga ibu kepada pelajar sekolah berkenaan, Rabu lalu.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sekolah berkenaan juga perlu memanggil pelajar yang disyaki terbabit dalam insiden itu untuk disoal siasat bagi membolehkan kementerian mendapat maklumat sebenar berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian itu, mangsa, Zatul Bazamah Zainal Abidin mendakwa dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah Petaling Jaya di depan anaknya dan puluhan pelajar lain.

Ibu berusia 33 tahun itu dikatakan diserang di luar kawasan sekolah berkenaan, pada jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Lima sekolah itu.

Photobucket

makin hebat student2 sekarang!!!
kalau dahulu, murid-murid yang takut pada org dewasa/cikgu etc..tapi sekarang dah berubah banyak nampaknya..pembaharuan yang kian berkembang..
kuasa guru juga sudah hilang..

KUALA LUMPUR: “Tiada peraturan yang membolehkan guru mengenakan sebarang hukuman fizikal terhadap murid,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan SS 17 yang didakwa mencubit pipi dan lengan seorang murid Orang Kurang Upaya (OKU), Zulhilmi Hakim, 12, hingga meninggalkan kesan lebam.

dah macamana nak membimbing murid jika semua dah tak boleh???
ketiadaan kuasa membolehkan guru pergi sekolah hanya mengajar, suruh murid buat latihan di rumah dan lain2 aktiviti yang common shj...jika ada murid yg tidak berdisiplin, hanya perlu nasihat sahaja...
\heheheh..mcmana la dgn generasi pelajar ini bila dewasa kelak?

ehhh...pelajar2 yang jadik bouncer sekolah tu bangsa apa heh?
ekekekekek..tak tau la..tapi rasanya bangsa mana lagi,kan?

No comments:

Post a Comment